Tuesday, March 20, 2012

MENGENALI PERALATAN ASAS DALAM SEBUAH KOMPUTER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kapada pembaca semua,hari ini kita akan belajar mengenai serba sedikit secara ringkas tentang peralatan2 penting yang ada dalam sesebuah komputer rumah.


MONITOR
sume tau kan monitor nie memainkan peranan sebagai alat komunikasi kita dengan komputer,tanpanya kita xdapat lihat apa yang diterjemahkan oleh komputer untuk kita fahami.pengeluar monitor sekarang banyak menggunakan jenis LCD  kerana ringkas serta dapat menjimatkan ruang serta kurang penghasilan haba.


KEYBORD/PAPAN KEKUNCI

Keybord atau papan kekunci ini mempunyai tugas untuk kita menyampaikan maklumat text atau shorcut kepada fungsi2 komputer.bnda nie penting kalo nak men game jugak haha.terdapat banyak software yg perlukan keybord secara lebih terutamanya microsoft office.


MOUSE/TETIKUS

Fungsi mouse pada sesebuah komputer biasanya adalah untuk fungsi klik dan fungsi menggerakkan anak panah  yang tertera di monitor dan untuk fungsi2 memilih item atau folder untuk melakukan tindakan keatas folder tersebut


SOUND SISTEM

ha nie yang paling diminati oleh penggemar2 music ketika bermain dengan komputer kan?tanpa benda nie maka akan jadi bisu la sesebuah komputer tersebut kerana ia merupakan mulut kepada sesebuah komputer.



CPU/COMPUTER PROSESSOR UNIT

Ini adalah bahagian terpenting sekali dan merupakan nadi kepada sesebuah komputer.ia merupakan otak kepada sesebuah komputer untuk berfungsi kerana disinilah merupakan segala data2 dan fail2 anda akan diproses dan disimpan.Terdapat bahagian2 yg penting pula untuk membuatkan sesebuah cpu beroperasi dengan sempurna diantaranya ialah:

a-PROSESSOR

fungsi utama alat pemproses ini ialah untuk melakukan tugas2 proses data,prosessor terdapat dalam berbagai2 jenis dan jenama diantaranya yang paling bnyak digunakan ialah dari jenama intel dan amd.



 b-RAM/RANDOM ACCESS MEMORY

ram biasanya dipasang berhampiran dengan prosessor dengan tujuan supaya dapat meerima data dengan pantas,tugas ram adalah untuk menyimpan memori yand digunakan oleh sesebuah komputer  secara sementara dan akan terpadam apabila anda mematikan komputer atau keluar dari sesebuah aplikasi perisian.terdapat berbagai2 jenis ram diantaranya ialah SDRAM,DDR2 dan DDR3.




c-MOTHERBOARD/MAINBOARD


Tugas utamanya ialah menjadi menyalur atau pengagihan maklumat dan kuasa kepada alatan yang lain didalam sistemnya dimana terdapat soket2 untuk ram dan juga soket prosessor.



d-HARD DISK


Hard disk merupakan tempat penyimpanan maklumat yang utama didalam komputer kerana fungsi hard disk dimana data  yang disimpan boleh dipadam dan diubah..terdapat beberapa jenis hard disk diantaranya jenis ide dan juga sata tetapi tetap mempunyai fungsi yang sama.Hard disk juga dibuat dalam berbagai2 sais memory diantaranya 250GB,500GB dan juga 1TB



e-GRAPHIC CARD

Grafik kad biasanya dipasang pada motherbord yang tidak mempunyai port grafiknya sendiri,biasanya jenis2 motherbord yg tidak mempunyai pemproses grafik ini adalah motherbord yang dicipta untuk tujuan permainan video yang memerlukan kadar pemproses grafik yang laju.grafik kad terdapat berbagai jenis diantaranya ialah dari jenis AGP dan juga PCI.Beberapa jenama yang biasa digunakan adalah dari ATI dan juga NVIDIA.


















No comments:

Post a Comment